KEBANYAKAN
kita memang sedia maklum bahan-bahan galian dan vitamin dalam pemakanan
penting untuk kesihatan, terutama untuk mengelakkan dari sesuatu
penyakit.
Contohnya,
ramai kanak-kanak yang kekurangan vitamin A mengalami penderitaan
penyakit mata. Penyakit biri-biri berlaku disebabkan kekurangan vitamin
B1 (yang juga dipanggil Tiamine) dan Pellagra akibat tidak cukup Niacin
dan Asid Nicotinic (sebahagian dari vitamin B kompleks). Vitamin C
penting untuk mengelakkan dari penyakit seriawan usus manakala vitamin D
bagi menjauhkan dari penyakit riket ataupun sakit tulang lembut.
Walaupun
makanan harian boleh menghindarkan dari penyakit, tetapi ianya
kadangkala tidak mengandungi cukup vitamin dan bahan-bahan galian untuk
keperluan kesihatan.
Ramai yang skeptikal terhadap pengambilan vitamin ni… sebenarnya ramai yang tak mengetahui tugas2 vitamin yang sebenar… ada juga yang mengambil vitamin tanpa ilmu, maka terjadilah overdose, ketagihan dan sebagainya, terutama jika vitamin yang diambil adalah dari jenis sintetik.
Vitamin bukanlah semata2 untuk mengubati selesema, kulit kering dan sebagainya, ia adalah untuk (merujuk kepada multivitamin dan vitamin2 asas):
- Mencegah stress
- Antioksidan sebagai penjaga sel dan mencegah kerosakan sel
- Menghapuskan radikal bebas dalam tubuh
- Memberi tenaga yang optimum dan mencegah kelesuan
- Menjaga sistem saraf
- Mengawal hormon
- Memberi kerehatan kepada tubuh
MENGAPA TUBUH KITA PERLUKAN VITAMIN?
- Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin.
- Buah-buahan dan sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur.
- Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak.
- Gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan.
- Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda.
- Anda mungkin terlalu kerap makan di luar.
- Gaya hidup anda tidak aktif.
- Pekerjaan anda banyak "STRESS".
- Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan penyakit lain.
- Anda terdedah dengan pencemaran (cuaca,udara,air,etc)
SIAPAKAH YANG SANGAT PERLUKAN VITAMIN?
- Penghidap penyakit yang tenat.
- Orang yang memelihara diet seharian.
- Orang yang terlalu banyak alahan "alergi" terhadap makanan harian.
- Kanak-kanak yang membesar.
- Remaja yang meningkat usia / Pelajar sekolah.
- Ibu menyusu dan ibu hamil.
- Orang tua yang lanjut usia.
- Ahli sukan.
- Mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang "STRESS".
- Selepas pembedahan.
- Pekerja shift yang tidak menentu masa DAN;
- Mereka yang mencari perlindungan kesihatan melalui pemakanan tambahan
Kesihatan
merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar
kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat
adalah sesuatu yang indah. Orang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan
hebat. Nutrisi Shaklee telah mencipta kehidupan yang lebih sihat untuk jutaan insan selama lebih daripada 50 tahun.
Alami rasa sihat semula dengan nutrisi Shaklee.
No comments:
Post a Comment