Adakalanya anda berasa bingung apabila tiba waktunya
untuk menyediakan menu buat si kecil. Seboleh-bolehnya, sebagai ibu
anda tentunya ingin memberikan yang terbaik untuk si manja.
Bagaimanapun, anda tidak perlu bingung kerana makanan
yang berkhasiat tidak semestinya mahal. Apa yang penting, makanan tersebut
mestilah berkhasiat dan kaya dengan pelbagai zat dan nutrisi ynag mencukupi
buat si kecil. Antara makanan terbaik untuk si kecil adalah:
CENDAWAN
Selain enak dimakan, cendawan juga amat baik untuk
kesihatan tubuh. Ia kaya dengan sumber vitamin D yang
penting untuk menguatkan tulang di samping mengawal
daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.
KACANG PANJANG
Kaya dengan asid folat
yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembahagian
sel-sel pada tubuh, tumbuhan yang dikenali dengan Vigna Sinensis adalah
istilah saintifiknya ini juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang perlu
untuk perkembangan minda si kecil.
KENTANG
Tidak hanya bermanfaat untuk orang dewasa, kentang
juga baik untuk kanak-kanak. Mengandungi vitamin B,
B1, B2, B3 dan B6. Zat kalsium yang
dimiliki kentang juga amat diperlukan untuk mengelakkan tubuh daripada serangan
penyakit.
TELUR
Kaya dengan sumber AA,DHA
dan pelbagai vitamin serta mineral penting untuk pertumbuhan si kecil. Di
samping itu, telur juga turut membekalkan pelbagai nutrisi yang diperlukan
untuk tubuh dan otak kanak-kanak.
JAGUNG
Mengandungi protein yang penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan si kecil. Salah satu zat protein yang dikenali sebagai Tryptophan
dikatakan berupaya membantu mencerdaskan
buah hati anda.
TOMATO
Tomato mengandungi vitamin
C dan E. Biarpun tidak semua kanak-kanak meyukainya, namun hidangan
tomato boleh dipelbagaikan untuk menarik minat si kecil untuk menikmatinya.
Kita sebagai ibu hendaklah memainkan peranan yang
bijak untuk memberi makanan yang berfaedah bagi meningkatkan kecerdasan
anak-anak kita. Semoga ibu-ibu dapat menyediakan pilihan makanan tepat buat
anak-anak.
No comments:
Post a Comment