Mungkin
ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah
didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita
dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science.
1 – Pertumbuhan
16%
tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot,
semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada
protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut
haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen
asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain.
Tanpa
protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti
kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada
sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang
kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
2 – Metabolisma (otot)
Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak
sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang
mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight
training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak
menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat
berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian
kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang
berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin
tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah
menjadi “sebahagian besar”.
Penurunan
berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak
harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar
metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita,
yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding
bilik anda.
3 – Metabolisma (pencernaan)
Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak
protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan
memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada
komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
Dalam
arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal
dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali
salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins
diet. Karbohidrat adalah kawan
karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa
yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat
berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber
alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
4 – Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin
Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda
makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan
sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah
daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras
gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan
kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
Protein – berapa yang kita perlukan?
Ini
bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina
(lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang
diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda
ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan
terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak
kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan
protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per
kg berat badan.
Energising Soy Protien Shaklee
- Sumber
terbaik daripada kacang soya
- Mengandungi
protin lengkap (9 essential amino asid)
- Vegetable source – soy
- Kolesterol
“o” serta rendah lemak
PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
- Mengeyangkan
& sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang Gastrik
- Sesuai
untuk orang yang ada Allergies
- Membantu
badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin
tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.
- Membantu
susuibu lebih pekat ~ Testimoni Puteri
SUSU LEBIH PEKAT ~ Menurut kata Puteri.
saya nak share perbezaan EBM saya, jika saya
minum Energizing Soy Protein sebelum tidur (dan bangun pump susu dalam pukul
2-3 pagi ataupun pump di office selepas minum ESP waktu pagi) dengan EBM yang
saya pump tanpa minum ESP. saya memang dah lama perhati, susu lebih pekat dan
warna pun cantik kekuningan sejak saya minum ESP. tapi ada masanya, saya tak
minum (tertido awal, terlalu kenyang dll alasan huhu) dan memang susu yang saya
pump lebih cair. jumlah susu yang di pump tidak banyak beza jika saya minum
cukup air dan menyusukan adam mengikut demand. yang sangat ketara perbezaan
ialah, susu lebih pekat dan adam tak ambil masa yang lama untuk kenyang dan
terus tidur (penting tu supaya tiada aktiviti bergayutan berjalan sepanjang
malam, boleh la mama nak tidur lena dan selesa).
sebab itu saya sangat rekomen supaya ibu- ibu
tambah ESP kerana ia sangat berkesan bukan saja sebagai milk booster (dan quick
fix yang mengenyangkan selepas mengepam) tapi juga dapat memekatkan susu dan
membuatkan baby kenyang lebih lama.
~ Million thanks puteri for sharing...
Credit Miakididdles
[ Nak tengok lebih banyak testimoni ESP, boleh klik
disini ]
Sebarang pertanyaan, sila
hubungi saya:-
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,
merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.